Archive for September, 2007

daiRI LarA 2

Tuesday, September 18th, 2007

25th April 2007
Balik sahaja dari meeting di Putrajaya tadi, aku terus lepak di bilik, penat betul hari ni..seharian aku di Putrajaya. Mujurlah cuaca hari ini mendung. Setidak tidak nya aku tak adalah “HOT” sangat. Tambahan hari ini mood aku kurang stabil, ntahlah mungkin akibat sindrom PSM aku kot, ntah…..

Ades, sukar betul jadi ppuan ni, ader sindrom.. ada symptom.. seyes aku tak selesa dengan keadaan dan situasi sekarang…pantang ada yang tak kena, aku akan mudah terasa hati, sakit hati, maka hati… sedih… adess.. xsuke nya berkeadaan macam ni..ades Kuin oh Kuin
Dia telah menentukan nya .. kita bertemu dan brcinta, ini lah takdirnya
Tetiba terdengar lagu isteri Datuk K ni…la,ringtone massage telefon aku berbunyi rupanya .. adess, kalau si Nadia tahu aku guna lagu ni… teruk dia ketawakn aku heheheh…em,ader message masuk plak ni… kalau dulu mayb bf aku yang akan msg dan call aku bertanya aku dah sampai rumah ke belum…tapi selepas cukup sebulan kami break, aku x fikir dia akan massage aku…rindu plak kat dia… Hairul oh Hairul

La, sape plak atar massage ni, emm si Nadia ke? Ape awek Johor ni nak “ woi, minah jom lepak, minum2 malam ni, aku boring r kat rumah, aku pick ko kul 9.30 mlm.. ko dah janda kan sekarag ” a
mboi xbest tul baca massage awek ni.. adess sesuka hati dia jer cakap aku janda.. hampeh tul kawan…kalau ko ader depan aku sekarag Nad compon aku cili-cilikan mulut ko tu….ko memang xsayang mulut Nad!!
Adess Nadia oh Nadia

Em, lama betul aku tak keluar lepak2,jalan2,cari2 makan n port lepak baru yang best… keluar shopping bersama Nadia, n Efaa.. sampai tak ingat dunia, sedar2 bila memasing merungut kaki lenguh2 .. adess… itulah ppuan… shopping n kgilaa.. aku shopping sampai mgrain2 tapi best dapat jejalan sesame.. kami bertiga memang mempunyai minat dan hobi yang sama.. minat habiskan dan perabihkan dut gaji hahhahah
Emm.. sekarang, masing 2 sibuk ngan kerja n life masing2.. Nadia, town planner kat sebuah firma developer yang terkenal …Nadia kat shah alam.Effa financial ez..kat Klang dan aku plak…dan aku di Ampang hehehhe kami semakin meninggalkan dunia, aktiviti dan hobi kami di setiap kami hujung minggu.. memasing terikat dengan komitment kerjaya memasing…inilah salah satu rentak khidupan… anehnya!
Dan yang buat aku semakin, mlupakan sgala kesemuanya dan minggalkan sgalanya… bila masa aku menjadi awek Hairul… aku tinggalkan sgala dunia lama aku.. bertapa dia merubah sgalanya.. aku tinggakan dunia lepak dan kgilaan, minat dan hobi bersama Nadia, Effa, Arif, Rizal, sarah.. ah, rindunya pada mereka…aku tinggalkan demi hairul… dunia aku hanya bersama hairul.. sampailah semua merunggut .. bila nak ajak aku keluar, bila nak ajak aku lepak…ibarat nak keluar dengan anak raja.. huhuhu… rungutan Nadia,dan Effa terutamanya… pada Rizal, Nizam,Arif… aku meninggalkan pesan berbau amaran.. jangan gatai2 nak call or message aku…aku dah ader bf, aku kena jaga hati bf aku..aku lupakan sindiran arif, org lain pun ada bf gat.. tapi xmacam aku… ada bf kawan di lupakan… adess… xkisah lah korang nak cakap ape.. telinga aku bebal.. hahhah tapi yang paling penting aku tak pernah lupakan kawan Ariff.. Hairul cinta aku. Ko kawan aku… alahai Ariff..terasa rindu pula aku pada ko..

Ariff oh Ariff….
DAIRI LARA
26th April 2007
Cuti hari ni semperna pertabalah yang di Pertua Agung Sultan Mizam.. emm, aku di rumah sahaja.. masih lagi dalam mood PSM aku..oppts, hampir terlupa pula aku tengahari nanti aku ader lunch ngan Mr. Danny dan Mr.Alex kat Marriot .. adess.. malasnya nak keluar…orang cuti2 dok elex2 kat rumah.. aku plak..kena kerja.. xsuke tul..emm mujur ader masa lagi… ader lagi 4 jam hehehe aku nak kemas bilik kejap… heheh nak pasang lilin aromateraphi lah kejap lagi.. heheh lama dah aku xhidu bau vanilla ni heheh.. kak maria cakap bau wafer.. tiapkali kmaria jupe aku teringin nak makan wafer…vanilla kan salah satu perisa wafer.. hhehehehe hampeh tul kmaria.. hehehehhe
Em, nak tahu dari mana aku kenal perfume berperisa vanilla ni hehehhe, aku boleh dan masih serasi dan xmampu nak tinggalkan.. biarlah org cakap aku pakai perfume muarahan.. aku xkisah.. aku mmg xserasi nak pakai pfume lain.. bukan aku tak cuba nak tinggalkan… tapi itulah xmampu… bau perfume lain.. seharian aku akan di serang migrain… last2 kalau nak ilang migraine dan tension aku… aku terpaksa mhidu bau vanilla.. heheheh kelakar tul..

Arwah Reez yang perkenalkan perfume tu pada ku.. aku masih ingat masa birthday aku yang ke 21, dia hadiahkan aku satu set penjagaan diri body shop “perisa” vanilla.. dari situ aku jatuh cinta pada bau vanilla… sebagaimana aku jatuh cinta pada orang yang memberinya…hehehh gatai tul aku masa tu heheheh
Dan nyata sekarang aku xmampu membuang keserasian vanilla dalam hidup aku.. sebagaimana aku xmampu membuang “cinta vanilla”ku… jauh di dalam hati cinta ku… ku hadiahkan sepotong al fatihah pada arwah reez .. di saat ingatan aku kepdanya..semoga kau abadi dan aman di sana sayang…cinta mu terlalu indah teramat manis, tersangat istimewa untuk ku kennag sepanjang hayat ku….alangkah bagusnya jika kau msih lagi disi.. mungkin kita tengah melakar dan mcipta bahagia sayang…unitnya cinta vanilla ku.
5pm- aku baru sampai dirumah selepas perbincangan dengan mr. danny, mr.alex dan en. Faliq.. tetiba ingatan aku jatuh pada En. Faliq, gatai plak aku ni heehee suke aku tengok gaya dan karaktor enginner muda Maju Holding ni. Nice! Orangya biasa2 sahaja, tetapi ader sesuatuyang mampu menarik ingatan aku lekap padanya.oppts, plz jangan salah sangka..aku buakn awek mata keranjang.. aku awek mata rabun jer hahhahaha em, sejujurnya aku suke tengok lelaki yang tahu “berpakaian”, pandai “berkeraktor” dan bijak “berdiplomasi”… cakap sedikit, tetapi bernas… itu membawa ingatan aku jauh melayang pada karektor arwah rezz.. ah sukarnya aku mebuang sgala ingatan aku pada dia..
sazreez oh sazreez..
8pm- hakim dan wife dia sampai di rumah sewaku… smasa aku di marriot dia, ader call aku, katanya nak dating rumah .. sibuk tul mamat ni nak kenalkan kami ngan wife nya si as.. beria2 benar dia.. hehehhe suzie kelaur deting.. tinggal aku dank nor jer.. aku masak mee goring, sempena kedatangan hakim.. huhu lama juga dia lepak di rumah kami maklumlah lama betul kami tak bersua muka.. dari zaman sekolah.. hinggalah masing2 tamat belajar… dan akhirnya masing2 berkerjaya… hakim tak banyak berubah… masih macam dulu, Cuma ader sedikit kematangan terselit di dalam dirinya.. sesuai dengan peranannya sebagai suami… hehehhe… setelah hampir 930 mlm kami turun lepak di kedai makan area rumahku… si nizam sorang lagi schoolmate akunak jumpa.. janji nak dating pukul 8, 930 baru nampak batang hidung.. macam nil ah orang ader awek.. sibuk jer menajang kalau hari minggu.. walaupun kami berada dalam satu area, namun kami jarang skali berjumpa, dia dengan kerjaya nya.. aku knor n suzie dengan dunia kami…

Masih aku ingat, aku dan nizam zaman sekolah dulu, tak boleh berjumpa.. kami ibarat anjing dan kucing… sma jugalah aku dengan azman..wah kelas monitor kami heheheh huhu wah! Terasa rindu plak kepada mereka semua.. maklumlah dalam kelas aku dulu hanya ader 21 orag pelajar jer.. lelaki nya 5 orang jer…kami memang rapat antara satu sama lain.. tapi bila masing2 dah abis belajr.. masing2 membawa haluan dan dunia baru masing2…acapkali rindu bertandang kembalI

Kami mengulit kenangan persekolahan kami, di sekolah menengah tengku indra petra, sampaikan tak sedar jam puluk 1125pm.. banyak yang kami cerita kan kembali.. daripada perangai setiap org di dalam kelas.. hinggalah guru2 kami.. ah rindunya.. rasa nak jer kembali ke zaman itu.. bahgia dan bahagia

DAIRI LARA
29hb april 2007
Cuti hari ini. Aku di rumah sahaja.. ini lah dunia dan hidup ku. Knor dan suzie kelaur.. ntah kemana.. mungkin keluar deting hujung2 minggu bergini.. dan aku masih bergini.. ini lah duniaku selepas aku di putuskan oleh dial… selepas aku ditinggalkan oleh dia dunia ku disini.. dan disini… akan disini.. tak ader apa2 yang akan berubah dan boleh mengubah….dunia ku disni.. akan ku habiskan segala sisa- sisa ini di sini… .
PERPISAHAN- Anuar Zain
Ku mengerti.. perpisahan ini.. bukan kerana kau membenci ..tapi kasih yang pernah ku beri tiada lagi bersamamu
Sering kala aku terlihatkanmu… impian nan indah… bersulam bahagia
Ku harungi… hari demi hari… bersama wajah tak mungkin akan kembali… tapi hati masih tak terima… ditinggalkan… sengsara…Keraguan ini.. bukanlah padamu…. perasaan hati masih rindu….
kekalutan ini …hanyalah untukku tercari-cari…. bayanganmu
Tak sanggup aku… kehilangan
mu kehilangan..kehilangan mu.. masih tercari-cari….
Keraguan ini .. bukanlah padamu masih tercari-cari bayanganmu tak sanggup aku kehilanganmu
DAIRI LARA
30th April 2007
Banyak kali aku memikirkan nya.. dan kini ianya semakin membuataku di dalam di lema.. aku bakal dapat anak..iallah jika itu takdirnya dan rezekinya aku terima kehadiran oang baru dalam hidup aku.. setidak2 nya aku ada “seseorang”….
Namun aku buntu dengan kehdiaran insan baru dalm hidupku. Keluarga ku menentang keras kehadiran “dia” dalam dunia ku… namun aku tak terdaya.. aku buntu… siapa yang sudi menerimanya, jika bukan aku… masih terningian2 di telingaku, kata- kata kakak ku menusuk terus ke jantun ku…”jangan nak mengatai plak, jangan nak mengada.. kakak tak setujuk kao buat macam tu.. lupakan saja.. ramai lagi yang boleh membantu.. tapi bukan kau”
Siapa yang sudi membantu kak, kalau bukan aku,.. haruskan aku menyerahkan dan memberikan tanggungjawab ini pada orang lain, siapa yang sudi??.. ntah aku keliru.. aku buntu…”dia” tidak berdosa.. “dia” tidak berdosa…
Aku mengetepikan segalanya yang akan terjadi di masa akan dating dalam dunia baru ku.. aku mengetepikan segala risiko aku.. biarlah .. Tuhan itu terlalu Adil.. dia tahu apa yang terbaik untuk aku.. dan apa yang terbaik untuk setiap hhambanya.. jika itu kehendak nya.. aku terima.. aku redha.. dan jauh di sudut hati aku lafazkan rasa pasrah … Tuhanku aku tidak layak untuk syurgamu..namun aku juga tidak sanggup menangung azab seksaan nerakamu….

Jauh terlakar di fikiran ku…
Aku mula mebayangkan duniaku dan kehidupan ku dengan kehadiran nya..seorang bayi lelaki yang pasti comel.. ku nantikan kehadiran dan kelahiranya serta kemunculannya dlam hidupku..semoga kehdiranya menambahkan keindahan duniaku dan hidupku ini…namun aku sangsi dan musykil dengan kehadiran dan kemunculan dia dalam dunia baruku.. penerimaan aku, penerimaan orang di sekelilingku.. dan penerimaan masyarakat pada dia dan pada ku.. pada kawan2 ku. .. pada keluargaku… dan pada semua
“laa ila ha illa anta subhanaka inni kumtu minaz dzalimin”
- surah anbiyak
Ya Allah, kau pecahkanlah segala kebuntuan dan kesulitan ku ini. Aku bermohon pada mu… aku bersujud pada mu..

Dairi Lara…

Tuesday, September 18th, 2007

DAIRI LARA

12/05/2006

ah betul untuk bangun dari kekalahan yang ku lalui berkali- kali. Di kala usia ku mencecah ke usia 25 tahun,ah terlalu lewat untuk seorang gadis seperti ku untuk bermula.aku mula sedia ku telah pun meninggalkan alam remaja di kampus, dan sekarang ku mengorak langah bangun menaiki tangga melangkah kealam wanita dan kerjaya. Baru aku sedar, aku semakin meningkat usia bila tadi ada dua tiga orang teman menegur aku yang masih lagi membeli majalah kegemran ku "REMAJA". Katanya majalah tu tak sesuai dengan usia ku. Ah, apa yang mampu aku buat.. aku masih memerlukan "REMAJA", kerana aku rasa aku masih lagi remaja. Bertapa aku tak mahu mengaku bahawa ku telah meninggal kan itu semua. Dan sekarang aku masih tercari- cari majalah yang sesuai dengan usia ku..ah! payahnya hendak meninggalkan sesuatu yang menjadi kebiasaan dan kelaziman kita.

Jika dulu hari- hari ku sibuk dengan jadual kuliah, dengan assignment dan dengan final projek tapi kini aku mula merangkak- rangkak mencari peluang kerjaya.Sedar tak sedar sudah setahun aku bergini..cepatnya masa berlalu, secepat usia ku melangkah meninggalkan semuanya..Kejaya yang aku impikan,masih mencari dan setiap kali ku baru nak bertatih dalam dunia kerja baru, disitulah ada masalah wujud. Bertapa Tuhan Maha Menguji hamba ?hambaNya seperti ku.Aku mula mencongak bilalah agak nya aku mampu bertatih sendiri, tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan orang lain terutamanya pertolongan dari abang tunggalku, ayah dan keluarga. Bilalah agaknya aku mampu berdiri di atas kaki sendiri. Berkali- kali ku cuba, tapi nyata aku seringkali tewas. Lemah kah aku! nyata,aku terpaksa akur..semuanya its hard to do..

Lagi seminggu, cuti sekolah bakal bermula, di atas meja ku penuh dengan kad- kad jemputan dari member- member office dan teman- teman sekampus dulu.Ah,rasa macam tak pecaya pula bila orang ?orang yang rapat dengan ku bakal meninggalkan aku, bakal melangkah kealam rumah tangga. Sedangkan aku?.. aku rasa aku terlalu muda untuk semua itu. Terlalu mentah untuk metasai pahit maung rumah tangga. Teringat pula aku pada sahabat baiku Anne, yang menamatkan zaman remajanya, kira-kira setahun lebih nan lalu. I?allah pada bulan September ni aku bakal menerima anak buah yang kedua. Nampaknya Anoi bakal dapat adik. Di usia sebaya denganku Anne ada sudah ada keluarga, dan bakal mempunyai dua orang anak. Tapi sayang, apa yang dia dapat dan perolehi tidak semanis dan secantik yang kita tengok dari luaran. Di awal- awal usia perkahwinan lagi, Anne ada masalah dalam rumahtangganya. Rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, bukanlah jaminan untuk kehidupan bahagia yang berkekalan. Setiap hari aku menerima sms dari Anne,setiap hari sabtu selepas balik dari kerja, aku luangkan sedikit masa untuk mendengar luahan dan permasalah Anne, aku bawa Anne dan Anoi berjalan- jalan. Kami berkelah di tepi Tasik Shah Alam,sambil mlayani karenah anoi yang bebas bergerak, kekadang kami lepak di kfc ataupun md.onald. sampaikan ada dua tingg orang staff kat sana perasan kehadiran kami.bila aku mendukung Anoi, Anne dah tak larat mendukung anaknya (kerana perutnya yang semakin sarat) ada sahaja mata yang memerhati aku. Pelik mungkinnya pada mata yang memandang,terfikir anak aku ke anak siapa. Paling aku terkejut bila ada gadis- gadis remaja berani menegur aku, bertanyakan samaada Anoi yang ku dukung adiku atau anak ku.aku hanya mampu tersenyum pernuh makna memandang Anoi, tanpa menjawab persoalan yang bermain di fikiran mereka. Anne pula cepat meniakan Anoi anaknya. Ah, mudakah aku pada pandangan mereka., atapun aku terlalu berbeza dengan Anoi, yang persis anak kacukan, berambut perang berkulit putis bersih, sedangakan aku gelap gulita?Haahaa

Begitulah masa yang terluang aku habiskan, selain dari menghabiskan masa ku,merewang-merewang seluruh shopping komplek.betulah orang cakap, perempuan kalau pasal berjalan, tak pernah rasa penat, tapi bila balik kerumah baru sedar kaki sakit- sakit.. hee..heee

Anne pula selalu mengadu sikap suaminya yang pasang dua. Tanpa segan silu dan rasa bersalah dengan Anne, suaminya boleh bersms dan bergayut dengan gf nya di hadapan Anne. Sedangkan Anne hanya mampu melihat dengan hati yang bengkak dan sakit yang teramat sangat. Tak cukup dengan tu, suami dia sudah berani keluar masuk hotel.Hati isteri mana yang mampu memendam rasa. Hanya air mata yang mampu di gambarkan untuk meluahkan perasaan sedih, kecewa,sakit hati dan terkilan dengan sikap sang suami. Aku simpati dengan Anne. Rasanya masih terlalu muda dan masih terlalu awal untuk Anne merasai dan meharungi semua itu.sabarlah Anne, aku tahu kau terlalu banyak bersabar?.

Dalam diam dia mencari kesalahan dan kekurangan diri. Katanya pada ku dia cuba buat yang terbaik untuk suami dan keluarganya. Behenti kerja semaya- mata untuk memberi sepenuh tumpuan pada suami dan anak- anak. Meninggalkan dunia lamanya, meninggalkan kami. Tapi jauh di suduk hati ku aku tak terkilan dengan sikap anne, aku yakin dia lebih tahu apa yang terbaik buat dirinya. Aku tak boleh menghalang apa jua tindakanya, kerana aku yakin dia lebih tahu apa yang terbaik, dan jalan terbaik untuk dia membina seseuatu yang bakal mgundang kebahagian padanya.

Hidup ni, kekadang semakin kita lalui, kita akan tahu bahawa hidup ini semakin hari semakin rumit. Bukan kehidupan agaknya jika kita tak di duga.. jika kita tidak beri halangan dan cubaan.. ndak tak ndak, mahu tak mahu.. semuanya akan kita lalui.. semuanya akan kita harungi?